Seorang pengawal keselamatan Mahkamah Ayer Keroh direman enam hari selepas mencuri wang institusi itu yang bernilai lebih RM800 untuk membeli arak.
Perintah reman sehingga Rabu itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Mazana Sinin terhadap suspek yang berusia 25 tahun itu, bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit memberitahu, suspek diberkas selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut