Seorang lelaki warga Pakistan dipercayai maut selepas terperangkap dalam runtuhan di tapak kuari Keramat, Pulai tengah hari tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada pukul 10.56 pagi.
Susulan itu pihaknya bersama pihak polis telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan agensi lain yang berkaitan di lokasi kejadian.