Tindakan seorang penolong pegawai hal ehwal ekonomi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Klang menggunakan invois palsu bernilai RM17,000, lima tahun lalu berbalas apabila didenda dengan jumlah sama oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.
Mohd. Zamadi Mohd. Zain, 43 tahun didakwa dengan curang menggunakan satu invois palsu sebuah syarikat berjumlah RM17,000 sebagai tulen kepada pegawai atasannya di Pejabat PPK Klang pada 15 Januari 2018.
Sabit kesalahan boleh penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama.