Seorang nelayan berdepan hukuman gantung apabila dihadapkan ke Mahkamah Kuala Selangor, hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya.
Berdasarkan pertuduhan, T. Balamurugan, 35 tahun didakwa membunuh K. Komalah, 38 tahun, di sebuah rumah di Jalan Bagan Sungai Janggut, Jeram, antara pukul 11 pagi hingga 4.30 petang, 2 September lalu.
Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan seorang wanita maut dipercayai dipukul hingga menyebabkan kecederaan pada anggota badan dan kaki akibat didera suaminya sendiri di sebuah rumah, sekitar Jeram.