Nahas Putrajaya: Pemandu lori mengaku tidak bersalah | 15 Minit Terkini 25 September 2023 - Utusan Malaysia

Nahas Putrajaya: Pemandu lori mengaku tidak bersalah | 15 Minit Terkini 25 September 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan menyebabkan kemalangan sehingga meragut dua nyawa di Kilometer 5.7 Jalan Persiaran Utara, Putrajaya pada pagi Rabu lalu.

Tertuduh, Muhammad Izzatul Shafik Mozahari, 29 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Aima Nabila Muhammad Azhar.

Muhammad Izzatul didakwa atas tuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Aima Nabila turut menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 25 Oktober depan.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya