“Tarik sahaja sokongan kalau Muda anak jantan tulen”.
Itu merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi yang menegaskan bahawa Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) telah melanggar garisan merah.
Menurut beliau, parti Muda tidak perlu beri amaran untuk menarik sokongan kepada kerajaan berikutan keputusan mahkamah terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.