Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berhak membuat apa sahaja yang mereka mahukan termasuk menilai semula kedudukannya dalam menyokong kerajaan perpaduan.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Muda berhak membuat keputusan sendiri dan mengetahui kesannya.
Muda dalam satu kenyataan semalam dilaporkan tidak akan teragak-agak untuk menilai semula kedudukannya dalam menyokong kerajaan perpaduan jika tiga tuntutan parti itu terhadap perkembangan kes membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak diambil tindakan susulan oleh kerajaan.