Kerajaan Malaysia telah membuat bantahan diplomatik kepada China
Bantahan tersebut adalah berhubung Peta Standard China Edisi 2023 yang meliputi kawasan maritim Malaysia.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin berkata, bantahan diplomatik itu dikemukakan kepada kerajaan China pada 11 September lalu.
Peta itu antara lain menggabungkan kawasan yang menjadi pertikaian khususnya membabitkan kawasan Arunachal Pradesh, wilayah Aksai Chin, Taiwan dan Laut China Selatan.