Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersetuju dengan cadangan memansuhkan pencen Ahli Parlimen serta penjawat awam sepertimana dicadangkan sebahagian pakar ekonomi sebelum ini.
Katanya, langkah itu adalah mekanisme terbaik bagi mengimbangi fiskal negara dengan menukarkannya kepada skim persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin juga bersedia sekiranya pencen beliau ditukar mengikut pembaharuan tersebut.
Beliau menegaskan pemansuhan itu harus dilakukan segera dan jika tidak, situasi tersebut akan terus memberi kesan kepada kewangan negara.