Pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo serta aktivis, Caprice antara 10 individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, masih terdapat beberapa individu akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Tambah Ayob Khan, kertas siasatan ini akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara selepas ia dilengkapkan.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain mengesahkan Ebit Lew turut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.