Seorang kanak-kanak perempuan mengalami cedera ringan selepas dirempuh sebuah kereta yang mengundur laju secara tiba-tiba di sebuah kedai haiwan di Puncak Alam, Selangor, semalam.
Menurut rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.34 petang itu menunjukkan kanak-kanak perempuan tersebut sedang bermain di hadapan kedai sebelum beberapa minit kemudian, kelihatan kenderaan berwarna kuning mengundur dengan laju dan merempuh kanak-kanak serta kedai di belakangnya.
Orang ramai kemudiannya menjerit ke arah pemandu yang kelihatan terpinga-pinga setelah keretanya merempuh kedai terbabit.