Kerajaan Perpaduan menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba menghasut rakyat sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan antara kaum.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau terbuka untuk dikritik tetapi sebarang cubaan menghasut rakyat sehingga mencetuskan konflik dalam masyarakat yang berbilang kaum, adalah tidak boleh dibiarkan.
Jelasnya, beliau tidak akan mencampuri dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan mengikut peruntukan undang-undang.