Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa peruntukan yang sepatutnya diterima bagi kegunaan kawasannya ditarik balik sejurus selepas tidak lagi menyokong Kerajaan Perpaduan.
Menurutnya, beliau mendapat pengesahan itu daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Syed Saddiq sebelum ini menarik sokongan terhadap kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memilih menjadi pembangkang kuasa ketiga di Dewan Rakyat.