Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menggesa kerajaan mempermudahkan proses untuk gabungan parti Perikatan Nasional mengadakan perhimpunan mereka pada Sabtu ini.
Beliau berkata, PN sentiasa menjadi penyokong mengadakan perhimpunan aman bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka, termasuk membenarkan ahli parlimen PH berbuat demikian semasa mereka menjadi pembangkang.
Perhimpunan Sabtu ini anjuran Pemuda PN di hadapan kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur bagi membantah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilepas tetapi tidak dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan di mahkamah.