Ibu didakwa siram anak kandung dengan air panas - Utusan Malaysia

Ibu didakwa siram anak kandung dengan air panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Gara-gara menghabiskan data internet telefon pintar miliknya, seorang ibu sanggup menyimbah air panas kepada anak kandungnya sendiri yang berusia 13 tahun.

Bagaimanapun, tertuduh berumur 37 tahun itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas anak lelakinya dengan cara menyimbah air panas ke arah mangsa.

Difahamkan, tertuduh bertindak demikian selepas berang mangsa yang merupakan anak kedua daripada empat beradik menghabiskan data internet di telefon pintar miliknya.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya