Perselisihan faham menjadi punca pergaduhan melibatkan ahli keluarga sehingga tular dalam kejadian di kawasan parkir sebuah pangsapuri di Bandar Botanik, Klang pada 14 September lalu.
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi itu mendapati mangsa seorang lelaki berusia 33 tahun telah dipukul lima suspek termasuk salah seorangnya menggunakan rotan.
Menerusi video berdurasi 51 saat memaparkan seorang lelaki dibelasah sekumpulan individu lain.