Pendakwah bebas, Ebit Lew membuat laporan polis terhadap dakwaan fitnah melampau yang dilemparkan terhadap dirinya susulan penerbitan wawancara podcast berkaitan dirinya baru-baru ini.
Laporan polis itu dibuat awal pagi tadi di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.
Pada 11 September lalu, seorang selebriti tempatan menerbitkan satu podcast khas menampilkan seorang wanita daripada negara jiran yang pernah dibantu pendakwah berkenaan beberapa bulan lalu.
Wanita itu antara lain mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika berada di Malaysia tahun ini.