Dua mangsa dilaporkan rentung selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori kontena sebelum terbakar di Jalan Kuala Garing, Rawang, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada pukul 3.53 pagi tadi.
Kemalangan tersebut mengakibatkan kereta yang dinaiki mangsa terbakar hampir 70 peratus manakala lori kontena itu juga terbakar hampir 50 peratus.
Mangsa yang maut terdiri daripada dua warga tempatan iaitu seorang lelaki berusia 26 tahun dan wanita berusia 23 tahun.