Penyanyi rap, Caprice meminta pendakwah bebas, Ebit Lew supaya segera menghantar surat saman kepadanya.
Ia susulan pendedahan yang dibuat olehnya di dalam podcast bersama Mondy Tatto baru-baru ini.
Permintaan itu bagi membolehkan pihak Mondy menghantar semula saman kepada pendakwah itu beserta bukti serta memaklumkan bakal memuat naik lagi pendedahan daripada Mondy pada Jumaat ini.