Anwar sertai dua sesi khas Sidang Kemuncak Asia Ke-10 Milken Institute di Singapura - Utusan Malaysia

Anwar sertai dua sesi khas Sidang Kemuncak Asia Ke-10 Milken Institute di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menyertai dua sesi khas pada Sidang Kemuncak Asia Ke-10 Milken Institute di Singapura, hari ini.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, dua sesi khas berkenaan ialah ‘A Conversation with the Prime Minister of Malaysia’ dan ‘Malaysia’s Investment Outlook: A Conversation between YAB Prime Minister and Global Investors.

Kedua-dua sesi itu turut disertai pemimpin-pemimpin industri global dan syarikat-syarikat pelaburan.

Di samping itu, Anwar turut dijadualkan bertemu dengan rakan sejawatnya, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, dalam satu sesi minum petang.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya