Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Kenyataan Negara di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-78 malam ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau dijadualkan menyampaikan Kenyataan Negara di Perhimpunan Agung PBB Ke-78 pada pukul 9.30 malam.
Menerusi satu hantaran di Facebook hari ini, beliau akan berkongsi usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim untuk mencapai Agenda 2030, pelan hala tuju negara di bawah rangka kerja Malaysia Madani serta beberapa lagi isu global.
Jelasnya, rakyat Malaysia boleh menyaksikan Kenyataan Negara itu secara langsung melalui saluran media tempatan dan Facebook live.