Seorang anak lelaki yang tergamak memukul bapanya menggunakan penyodok sehingga mati, didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh.
Mengikut pertuduhan, tertuduh M.Jaisino, 50 tahun didakwa membunuh bapanya E.Mangalam, 74 tahun, di sebuah rumah di Jalan Belimbing, Taman Dato Hormat pukul 2.15 pagi pada 26 Ogos lalu.
Sebelum ini Kosmo! melaporkan, seorang anak sanggup membunuh bapanya sendiri sebelum mayat mangsa dililit dengan kain langsir dan kemudian dicampak di tepi jalan.