Semua pendakwah sama ada dari dalam mahupun luar Perak perlu mengikut peraturan berdakwah di negeri tersebut.
Penceramah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias berkata, arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) itu bukanlah sesuatu yang baharu malah telah dilaksanakan oleh beberapa negeri sebelum ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, larangan kepada penceramah yang tiada tauliah untuk mengajar atau berceramah juga tidak perlu dijadikan isu sebaliknya ia perlu dipatuhi semua pihak.