Seorang abang ipar didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan bersubahat dalam kejadian rogol bergilir-gilir adik iparnya akhir bulan lalu.
Bagaimanapun tertuduh yang berusia 29 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah bersubahat bersama rakan-rakan sejenayah yang masih bebas dengan cara memudahkan perbuatan rogol berkumpulan terhadap adik iparnya berusia 26 tahun yang mana kesalahan tersebut telah dilakukan hasil daripada persubahatan tertuduh.