Gara-gara ingin melangsaikan hutang rakan dipercayai menjadi punca seorang lelaki ‘berkomplot’ dengan beberapa rakan untuk merogol adik iparnya dalam kejadian di Wangsa Maju, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, siasatan polis abang ipar mangsa berusia 29 tahun itu berhutang dengan salah seorang suspek yang masih bebas.
Menurutnya, sebelum kejadian, lelaki itu menghubungi mangsa, 26 tahun supaya tidak mengunci pintu rumah sehingga menyebabkan dia dirogol bergilir-gilir ketika sedang tidur.
Mangsa turut diikat tangan dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat suspek yang turut merakam kejadian itu.