Wanita, tiga kanak-kanak cedera terlibat kemalangan dengan kereta kebal - Utusan Malaysia

Wanita, tiga kanak-kanak cedera terlibat kemalangan dengan kereta kebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seorang wanita dan tiga kanak-kanak cedera apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhampiran Taman Bayu Damai, Pengerang malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Punggai, Pegawai Bomba Deddy Borhan Umaali berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian pada pukul 8.28 malam sebelum menghantar tujuh anggota dari BBP Punggai dan lapan anggota dari BBP Sungai Rengit serta dua jentera ke lokasi.

Kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Klinik Kesihatan Taman Bayu Damai untuk menerima rawatan lanjut.

Dua anggota tentera yang berada dalam kereta perisai tersebut bagaimanapun selamat.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya