Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menjalankan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dua lagi individu, semalam.
Siasatan dibuat ekoran kenyataan beliau yang berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Institusi Diraja yang disiarkan sebuah portal akhbar, 6 Jun lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes kini masih di peringkat siasatan.