Polis sedang mengesan seorang tukang gunting rambut warga India yang dipercayai melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di Manjoi, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan polis berkaitan kejadian itu dibuat mangsa berusia 37 tahun di Balai Polis Jelapang semalam.
Katanya, kejadian pukul 1.25 petang itu berlaku ketika wanita terbabit sedang menunggu anak lelakinya digunting rambut oleh suspek.