Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan kenyataan media rasmi berkaitan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 yang dikatakan bermula lebih awal pada 5 Disember depan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.
Media sebelum ini, melaporkan peperiksaan SPM 2023 dijangka bermula pada Disember depan sejajar langkah KPM bagi mengembalikan sesi permulaan persekolahan kembali kepada asal iaitu pada Januari secara beransur-ansur.