Seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya sehingga maut di Sungai Long, Kajang diberkas polis ketika bersembunyi di sebuah lokasi di Johor semalam.
Suspek berusia 32 tahun itu disyaki berada di negeri berkenaan sebaik mengetahui isterinya telah meninggal dunia bagi mengelakkan diri dari ditahan pihak berkuasa.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, risikan polis mendapati maklumat bahawa suspek berada di Johor sebelum serbuan dibuat semalam.
Menurut beliau, suspek yang ditahan akan direman tujuh hari untuk membantu siasatan.