Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua kes positif jangkitan mpox atau cacar monyet.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kes pertama disahkan pada 26 Julai lalu melibatkan seorang lelaki warga asing yang tinggal dan bekerja di Malaysia sejak April 2022.
Beliau menjelaskan, kes itu mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang melaporkan kes mpox pada 6 Julai lalu dan kembali semula ke Malaysia pada 10 Julai lepas.