Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengesahkan akaun bank miliknya dan isteri telah dibekukan pihak berwajib sejak semalam.
Jelas Ahli Parlimen Larut itu, tindakan tersebut diambil kerana terdapat tekanan dan campur tangan pemimpin-pemimpin politik tertinggi dalam kerajaan di Putrajaya.
Selain itu, Hamzah berkata beliau telah menyerahkan suatu surat tuntutan kepada SPRM, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan kerajaan Malaysia.