Satu dokumen yang mengesahkan Jabatan Peguam Negara tidak cukup bukti untuk mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tular di media sosial
Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Datuk Lokman Noor Adam berkata, jika sebelum ini bocor dokumen mengenai Kes Aabar Ipic yang membuktikan tujuh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dan lima Pegawai Penyiasat menyatakan bahawa tiada kes melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Adam yang juga Pengarah Komunikasi UMNO, sudah tiba masanya Peguam Negara mengugurkan semua kes pendakwaan terpilih ke atas Presiden Umno itu dan Najib serta pemimpin-pemimpin UMNO lain yang dianiaya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad.