Syarikat pengeluar minuman, Haos Ek? Mecatat rekod dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya menganjurkan formasi kereta berbentuk Jalur Gemilang terbesar, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berkata, program itu merupakan satu inisiatif yang baik dalam menanam semangat patriotik khususnya dalam kalangan masyarakat.
Sebanyak 234 buah kenderaan menyertai program ini, melibatkan kenderaan berwarna merah, putih, kuning serta biru dan rekod tersebut telah diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Haos Ek?, Anis Permin.