Bekas pegawai JAIM didakwa tipu emolumen lebih RM154,000 - Utusan Malaysia

Bekas pegawai JAIM didakwa tipu emolumen lebih RM154,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seorang bekas penolong pegawai tadbir Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini atas empat pertuduhan menipu emolumen lebih RM154,000, tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Anuar Mat Zin, 38, mengaku tidak bersalah sejurus empat pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut kesemua kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memperdayakan empat guru sambilan tidak terlatih (GSTT) untuk mempercayai bahawa resit rasmi bagi maksud pembayaran balik emolumen imbuhan tetap perumahan (ITP), elaun bantuan kos sara hidup (COLA) dan elaun kakitangan awam (EKA) kerana peletakan jawatan JAIM-KPM (Kementerian Pendidikan) membabitkan jumlah keseluruhan RM154,864.40 adalah tulen.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya