Pemberian kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua golongan dewasa Malaysia berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM100,000 setahun ke bawah akan mula dilaksanakan pada Oktober depan atau suku keempat tahun ini.
Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan, pihaknya sedang memperincikan inisiatif berkenaan dengan pemegang taruh.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 itu kepada golongan terlibat dengan dana sekitar RM1 bilion.