Seorang wanita membuat laporan polis selepas kecewa dan marah dengan pembantu rumah yang memukul serta menghayun bayi perempuannya yang berusia dua bulan dalam satu kejadian kelmarin.
Wanita yang dikenali sebagai Amyra Nadya berkata, dia menyedari kejadian itu selepas meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) rumahnya selepas mendengar bunyi kuat dari bilik anaknya.
Menurutnya, dia berada di rumah kerana menguruskan perniagaan secara online dan tak pernah tinggalkan anaknya sendirian dengan amah tersebut.