Seorang pengguna media sosial yang dikenali Zaki Yamani tampil memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Hadi Awang terhadap ketelanjuran mengeluarkan ciapan biadap mengenai kesihatan Presiden Pas itu.
Menurut individu tersebut, dia berbuat demikian setelah mengambil kira teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pandangan rakan-rakannya yang lain.
Semalam, Anwar meluahkan rasa kesal dengan tindakan individu tersebut dan mengarahkan Zaki Yamani memohon maaf atas hantarannya itu.