Tujuh lagi mayat mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman ditemui setakat pukul 1 tengah hari.
Penemuan itu menjadikan sembilan daripada 10 mangsa tragedi berkenaan telah ditemui, termasuk dua beranak yang ditemui pada Ahad.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, jumlah tersebut menjadikan mangsa yang terkorban dalam tragedi itu setakat ini seramai sembilan orang.
Bagaimanapun, Mazli berkata, setakat ini hanya tiga identiti mangsa telah dikenal pasti sementara bakinya iaitu enam lagi identiti mangsa belum disahkan.