Seorang penjual baju kurung dalam talian dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kuala Pilah, hari ini, atas pertuduhan menipu urusan jual beli baju kurung membabitkan nilai kerugian RM320 pada March lalu.
Tertuduh, Mohd Sopri Togil, 47, mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan sebaik dibacakan di hadapan Majistret, Saiful Sayoti.
Majistret kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM2000 sebagai memberi amaran kepada penjual atau orang awam lain untuk tidak sewenang-wenangnya menipu pembeli