Tiga beradik lelaki dicekup kerana menyamun menggunakan senjata kapak dan pisau di tiga buah kedai telefon dalam daerah Kota Bharu.
Ketiga-tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 36 tahun itu ditahan semasa mereka berada di, Melor, kira-kira pukul 8.15 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima tiga laporan berhubung kejadian tersebut bermula Sabtu lalu hingga kelmarin.