Seorang ibu tunggal dan teman lelakinya direman tujun hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian anak lelaki wanita itu berusia tiga tahun yang mengalami kecederaan parah pada tengkorak dan perut, semalam.
Perintah reman sehingga 13 Julai ini dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman dan kedua-dua suspek berumur 24 dan 25 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Difahamkan, suspek lelaki bertindak menendang dan menekan perut mangsa secara agresif selepas mangsa dikatakan muntah atas sofa di rumahnya.