Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim meluahkan hasrat tidak akan bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di Selangor dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Bekas Menteri Besar Perlis itu berkata, sebaliknya, beliau berpendapat PN perlu mengetengahkan lebih ramai calon muda untuk bertanding di negeri tersebut.
Shahidan memberitahu, beliau akan berbincang dengan parti sekiranya beliau dipilih sebagai calon di Selangor.