Separuh badan hancur lelaki terjatuh tingkat 41 hotel - Utusan Malaysia

Separuh badan hancur lelaki terjatuh tingkat 41 hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seorang lelaki ditemui maut dalam keadaan separuh badannya hancur dipercayai terjatuh dari tingkat 41 sebuah hotel di bandar Melaka.

Mangsa yang berusia 52 tahun ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 12.20 tengah malam di hadapan kawasan parkir lobi hotel sebelum kejadian dilaporkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, aduan dibuat seorang pemuda berusia 25 tahun dan sepasukan anggota dari Balai Polis Melaka Tengah dikejarkan ke lokasi untuk pemeriksaan.

Ujarnya, seorang saksi yang juga pengangkat barang memaklumkan telah terdengar bunyi seperti letupan tayar sebelum ternampak mangsa terjatuh dalam keadaan terlungkup.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya