Polis akan memohon perintah reman hari ini terhadap remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai mencekik adiknya sehingga maut dalam kejadian di Kampung Bukit Piatu, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek dijangka dibawa ke Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh, kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas dipercayai dicekik abang kandungnya di rumah mereka di Kampung Bukit Piatu.