Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Ezam Nor antara empat calon parti itu yang akan bertanding dalam PRN Selangor pada 12 Ogos depan.
Tiga lagi calon yang akan mewakili PRM ialah Naib Presiden S Manikavasagam, Ketua Penerangan Tan Kang Yap dan Penolong Setiausaha Agung Syed Ahmad Putra Syed Isa.
Ketua Biro Pilihan Raya PRM, Zainol Arif Jamaludin berkata berkata Ezam akan bertanding di DUN Pelabuhan Klang, Manikavasagam di DUN Sentosa, Tan di DUN Pandamaran dan Syed Ahmad Putra di DUN Selat Klang.