Polis siasat Abdul Hadi isu sentuh 3R - Utusan Malaysia

Polis siasat Abdul Hadi isu sentuh 3R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan yang dipercayai menyentuh isu 3R (raja, agama, bangsa).

Ahli Parlimen Marang itu disiasat selepas mendakwa parti DAP mahu mengekalkan pengertian Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran penjajah yang menjunjung liberalisme dan kebebasan yang diamalkan oleh negara barat.

Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Suresh Kumar G. Suppiah berkata, kenyataan tersebut dikesan melalui satu hantaran di Facebook rasminya, kelmarin.

Kata beliau, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman digerakkan bagi menjalankan siasatan terhadap kenyataan itu.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya