Parti Keadilan Rakyat membuka peluang kepada ahlinya yang berminat untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang untuk menghantar borang pencalonan.
Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli berkata, langkah itu dibuat sebagai salah satu usaha dalam memulakan proses pemilihan calon yang demokratik, telus dan objektif.
Menurutnya, ia juga dapat meyakinkan bakat-bakat dalam kalangan anggota parti dan rakyat biasa untuk tampil menyahut seruan berkhidmat kepada masyarakat melalui platform PKR.