Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan seorang pengetua sekolah menengah, Zainuren Mohamed, 59 tahun yang didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat pelajarnya pada 2018.
Hakim, Fathiyah Idris menolak rayuan pendakwaan selepas berpuas hati bahawa Hakim perbicaraan membuat penelitian yang maksimum dan sewajarnya atas semua keterangan saksi pendakwaan.
Pada Mei tahun lalu, Mahkamah Sesyen membebaskan dan melepaskan Zainuren daripada pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat pelajar lelaki pada 2018.