Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London, 74 tahun meninggal dunia pada pukul 5.57 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah melalui kiriman WhatsApp.
Jenazah Allahyarham Mat London akan dibawa ke Masjid Taman Melawati pagi ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Melawati selepas solat Jumaat
Terdahulu, Mat London yang menghadapi masalah jantung dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas terbatuk-batuk dan berada dalam keadaan lemah.